Saturday, June 6, 2020

HAAA.... DOK BUAT GAPO TU MUSIM PKP NI?

Perasaan bahagia dan sentiasa bersyukur makin banyak merunkai satu-persatu hikmah di sebalik PKP, PDPD, PKPB dan sewaktu dengannya. Aicewah... dah macam nak buat makluman azan di TV pula ye. Jom berbalik semula pada yang disebut tadi.

Bahagia??? Bersyukur??? 

Ramai antara kita semua sudah pun manfaatkan betul-betul masa yang ada dengan berusaha buat kebaikan dan cegah kemungkaran dengan matlamat, ingin menjadi muslim dan mukmin yang lebih baik dan lebih baik dari semasa ke semasa betul ke betul?hehehe.. 


Buktinya apa? 

a) Buat dan sertai usrah masih teruskan usrah online bagi yang masih belajar mahupun yang bekerjaya. 
b) Buat sharing santai Surah-surah yang ada di dalam Al-Quran
c) Tadarus dan tadabur surah bersama
d) Perkongsian ilmu sesama rakan-rakan dan keluarga berkaitan kepakaran masing-masing
e) Sama-sama berlumba buat perkara kebaikan "fastabiqul khairat"
f) Sama-sama berusaha menjaga tarbiyah diri, belajar ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
g) Sertai Live FB, Live Insta, tonton program kuliah agama di TV mahupun media sosial insta, fb, twitter dan lain-lain
h) Buat aktiviti bersama keluarga (tengok tv, lakukan senaman bersama, buat kerja rumah bersama)
 i) Belajar ilmu kemahiran baru (edit gambar dan video, belajar analisis data thru excel, penulisan, kajian saintifik, BISNES SHAKLEE dan lain-lain)


Haa.... ada banyak lagi yang kita buat di rumah betul? Jadi jom kita muhasabah bersama, kita ini bagaimana? Kita ni dalam golongan yang mana satu? Adakah kita geng dengan orang yang lihat sahaja orang lain buat kebaikan? Adakah kita geng dengan orang yang suka sia-siakan masa berjalan dan pergi begitu saja? Adakah kita geng dengan orang yang sentiasa tidak senang hati lihat kebaikan/kemewahan orang lain? 

Aip... Aip... Aip...  Jom cepat-cepat istighfar "Astaghfirullahalazim, ampuni hambamu ini Ya Allah kerana bersikap sedemikian." 

Atau adakah....

Kita geng bersama orang-orang seperti dalam senarai panjang yang saya kongsikan tadi? Geng yang berusaha sehabis baik sungguh-sungguh (itqan) dalam usaha mendapatkan redha Allah untuk ke syurgaNya nanti inshaa ALLAH. 

Sekian sahaja coretan kali ini.

Semoga kita sama-sama akan memperoleh manfaat dari coretan saya, inshaa Allah.

#Henshin2Jannah
#IstiqomahBersamaIslam
#AlFateh

No comments: