https://twitter.com/msazmie/status/1189886175374278656/photo/1 |
Sedikit coretan berkenaan bisnes ingin dikongsi di sini. Setiap apa yang kita buat dalam kehidupan kita, pastinya ada teknik tertentu jika ingin berjaya betul ke betul? Betul la tu...Sebab asalnya memang diri kita ini bukan sapa-sapa, kita semua hanyalah hambaNYA dan takkan dapat dibandingkan dengan Allah Yang Maha Mengetahui. Caranya nak berjaya, semua dah ada dalam rujukan utama kita iaitu Al-Quran dan Hadith, rujukan dari alim ulama pakar dalam sesuatu hal.
Jadi di sini, jom dengarkan, hayati dan kongsi bersama tentang beberapa tips untuk jadi peniaga berjaya.
1. Set niat sertai bisnes
Kita sertai bisnes sebab apa? Sentiasa tajdid(perbaharui) niat sebab kerisauannya kalau kita niatkan bukan kerana Allah. Nauzubillahiminzalik. Pastikan kita tetapkan dan pasakkan niat kita buat bisnes ni sebab Allah yang utama untuk berjaya dunia akhirat, sebagai antara saham untuk kita dapat laju-laju masuk syurga. Bila mana kita letakkan Allah yang paling utama, inshaa Allah, Allah akan bantu kita buka jalan untuk setiap apa yang kita nak buat. Allah akan luaskan jalan bisnes yang kita ceburi percayalah pada Allah
2. Set impian yang ingin dicapai
Nak apa? Duit banyak? Kereta besar? Rumah besar? Pangkat jawatan tinggi? Ada antara kita buat macam-macam nak buat untuk bantu keluarga, bantu orang rami betul kan? Jadi kita perlu set semua tu. Tampal dan letak mana-mana tempat yang mudah dan sering kita lihat, sebab bila dah selalu lihat dan kata, satu hari nanti akan jadi kenyataan yang pasti.. Next tips akan bantu kita jadi berjaya dan berjaya bukan dunia je, tapi akhirat juga. Bila mana kita dah set, aim impian yang nak capai, kita akan usaha kaw-kaw kata orang, untuk dapatkan juga apa yang kita nak dan hajatkan betul ke betul?
3. Mesti ada ilmu bisnes
Kita perlu ada ilmu, sebab tanpa ilmu semua akan gagal. Kita nak buat ibadah solat, puasa dan seumpamanya pun perlu ilmu. Sebab kita memang tak tahu apa-apa, jadi perlunya ilmu (marketing, accounting, prospecting dan etc) untuk terus berjaya dan berjaya dalm bisnes. Macam apa yang kita da lalui sebelum ini dari kecil sehingga sekarang. Setiap kali nak buat sesuatu mesti perlu belajar dan berilmu. Dengan ilmu, kita akan lebih ingat bila kita amalkan. Jadi bagaimana pula nak berilmu?
Mesti perlu cari ilmu tu, ilmu tak akan kejar kita, tapi kita perlu kejar dan cari ilmu sedalam-dalam yang boleh, baru berjaya.
4. Perlu ada rujukan bisnes (mentor/guru/leader bisnes)
Haa.. tadi kita dah tahu, nak berjaya perlu berilmu. Nak berilmu perlu belajar betul ke betul? Jadi, sangat perlu untuk kita belajar dan terus belajar dari orang yang pakar atau dah lama sertai dunia bisnes ini. Semuanya untuk kita, grab sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman mentor kita. Mereka juga akan bantu kita sam-sama bincang dan cari solusi jika ada masa kita dalam kebuntuan dalam bisnes. Jangan pernah kita sombong untuk bertanya kepada yang lebih arif. Nak buat kek, kuih, masak atau buat kerja rumah pun perlu belajar dari ibu ayah kita, inikan pula dalam soal bisnes. Ada satu formula bisnes tu, katanya kalau kita buat bisnes dalam masa 3 tahun tidak berjaya, maksudnya ada masalah dengan sistem bisnes. Jadi, perlu untuk formulate semula dengan cara rujuk mentor/guru bisnes yang da lama buat bisnes dan berjaya
5. Tekun usaha dan konsisten (istiqomah)
Istiqomah. Allah itu Ar-Rahman Ar-Rahim. Allah akan beri ikut keperluan kita dan berdasarkan usaha kita. Kalau kita usaha bersungguh, jaga niat buat kerana Allah, Allah pasti akan bantu kita. Kalau dah usaha sekali, tapi tak berjaya? Jangan pernah kenal atau stand up untuk give up. Sebab apa? Sebab Allah baru beri sikit ujian pada kita. Muhasabah semula, mungkin Allah hanya ingin uji sebab nak kita usaha lebih dan lebih lagi. Allah tak beri berjaya cepat sebab niat kita salah (nak bangga cerita kehebatan kemewahan kita pada orang ramai nauzubillahi minzalik), atau sebab dosa kita sebelum ini (cepat-cepat bertaubat dan mohon ampun maaf jika ada buat salah pada manusia). Mungkin juga Allah nak kita dekatkan diri lebih padaNYA sebab Allah Maha Pemberi Rezeki. Allah akan beri nikmat dan ujian pada kita ikut keperluan kita bukan kehendak kita. Mungkin sekarang belum masa kita berjaya, tapi disebabkan usaha kita yang berterusan, kita berjaya inshaa Allah.
6. Marketing yang baik
Perlu ada Attraction(marketing) dan persuasion(sales). Dua-dua ini perlu berlaku seiring. Bila ada produk, kita perlu promote dalam media sosial (instagram, twitter, whatsapp, facebook dan lain-lain). Jangan pernah terlebihkan fokus pada produk sahaja sebab apa guna kalau ada produk, tapi tak fokus seiring dengan marketing pada customer kita? Dalam dunia bisnes sekarang ada banyak persaingan sebab tu dalam bisnes perlu fokus pada dua-dua ini. Untuk orang tahu dan close sales dengan customer.
7. Perlu ada check and balance
Dalam setiap bisnes, perlu ada check and balance dalam setiap perancangan dalam bisnes. Pelbagaikan strategi kita. Bila kita ada buat perancangan marketing, Sentiasa ubah strategi ikut keadaan semasa. Selain itu, kita juga perlu ada knowledge dalam accounting. Perlu tahu direct cost. (sewa kedai, modal, untung). Perlu kira tengok akaun secara berkala. Kita perlu sustainable dalam bisnes. Kita perlu tahu direct cost kita (sewa kedai, modal, nak bayar gaji staf dan etc). Perlu check akaun
8. Jaga hubungan dengan Allah
HablumminAllah, jaga hubungan dengan Allah. Caranya? Mudah sangat iaitu jaga tarbiyah diri (solat, puasa sunat, solat sunat, baca Al-Quran, lazimi zikir, amalkan sifat mahmudah jauhi sifat mazmumah dan buat amar makruf nahi mungkar *ajak orang buat baik dan hindarkan diri dari maksiat). Tinggalkan maksiat inshaa Allah akan mudah urusan kita yang lain. Bila mana jaga hubungan dengan Allah, nescaya dan pastinya Allah akan bantu kita dalam bisnes. Sebab kita buat apa yang Allah suruh dan tinggal perkara yang Allah larang.
9. Jaga hubungan dengan manusia sekeliling
Hablumminannas, Jaga hubungan dengan manusia sekeliling. Bina networking yang baik dengan semua orang, tidak kira rupa, bangsa, agama, atau darjat sesiapa sekalipun. Jika pernah buat salah pada orang, mohon maaf pada orang tu. Tak salah untuk kita mulakan mohon maaf, walhal itu dikira kitalah pemenang dalam masalah tu. Sebab kita berjaya padamkan sifat amarah dalam diri kita dan berbaik semula dengan orang itu. Bila da berbaik, mudah untuk kita approach dalam usaha bisnes, bantu-membantu jika ada masalah sesama rakan, dan seumpamanya. Nampak kan? Banyak faedah bila mana kita dapat jaga hubungan baik kita sesama manusia.
10. Banyak beri, banyak dapat rezeki
Rasa takut nak banyak keluar modal? Rasa rugi bila kita kongsi rezeki, beri sedekah kepada mereka yang perlu? Salah dan sempit sekali fikiran kita. Haih.. jom clean dan clear semula mindset kita. Reset semula minda kita, banyak kita beri, banyak kita dapat. Dengan memberi, itu tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah. Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak rezeki yang Allah akan beri pada kita mencurah-curah dan tak disangka-sangka.
Seperti firman Allah, Surah Ibrahim ayat 7
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Sekian itu sahaja coretan saya kali ini. Nantikan coretan seterusnya dari saya lagi yep inshaa Allah. Semoga sama-sama dapat manfaat, dan selamat beramal
Jika berminat untuk sertai bisnes nak dapat side income, jom daftar melalui link di bawah
www.wassap.my/601139341786/NakJoinPassiveIncome
www.wassap.my/601139341786/NakJoinPassiveIncome
Jika nak jaga kesihatan untuk sihat dan cantik, jom whatsapp atau pm atau tinggalkan komen di bawah, saya terus hubungi anda
http://www.wassap.my/601139341786/NakSihatdanCantik
http://www.wassap.my/601139341786/NakSihatdanCantik
#PassiveIncome
#Projek3000
#TimeFREEDOM
#CarBonus
#JomSihat&JomCantik
No comments:
Post a Comment