Monday, June 22, 2020

#3 [PERISTIWA GEMBIRA DALAM HIDUP]


http://kisahsidairy.com/madah-bicara-63-hargai-orang-yang-depan/

#3 [PERISTIWA GEMBIRA DALAM HIDUP]


Setiap dari kita pasti ada peristiwa moment indah dan gembira kan? Begitu juga dengan saya. Perkara atau peristiwa yang manis bagi saya sepanjang hidup ialah apabila saat-saat menikmati masa bersama keluarga, sahabat-sahabat, saudara mara sama ada dekat mahupun yang berada di perantauan jauh dari saya.


Setiap dari kita pasti ada hari-hari penting meraikan sambutan hari lahir dan raikan perayaan bersama insan yang kita sayang kan? Ada banyak moment indah dalam ingatan kita. Contohnya, pergi berkelah bersama keluarga, pergi holiday trip di pulau, air terjun bersama keluarga, jaulah bersama rakan-rakan, baraan raya bersama sahabat-sahabat dan keluarga. Seronok kan? Itulah antara tanda ukhwah fillah yang kita berjaya eratkan selama ini. 

Kekalkan dan teruskan kita sama-sama jaga ikatan silaturahim sesama masyarakat sekelilng terutama keluarga dan sahabat handai kita, kerana mereka adalah antara orang yang paling hampir dengan kita, yang akan selalu jadi support system kita tika kita perlukan bantuan ketika kesusahan. Hargai dan sayangi mereka selagi mana mereka ada. Jika sudah tiada, sedekahkan amal jariah yang kita buat untuk mereka demi bantu mereka dipermudahkan urusan di alam sana nanti inshaa Allah.

Sekian itu sahaja coretan saya kali ini. Nantikan coretan seterusnya dari saya lagi yep inshaa Allah. Semoga sama-sama dapat manfaat, dan selamat beramal

Jika berminat untuk sertai bisnes nak dapat side income, jom daftar melalui link di bawah
www.wassap.my/601139341786/NakJoinPassiveIncome
www.wassap.my/601139341786/NakJoinPassiveIncome


Jika nak jaga kesihatan untuk sihat dan cantik, jom whatsapp atau pm atau tinggalkan komen di bawah, saya terus hubungi anda
http://www.wassap.my/601139341786/NakSihatdanCantik
http://www.wassap.my/601139341786/NakSihatdanCantik

#2 [2 CARA MUDAH DAFTAR JADI AHLI BISNES]


https://mommyiskandar.com/blog/cabaran-bisnes-online/

#2 [2 CARA MUDAH DAFTAR JADI AHLI BISNES]


Dari bermulanya musim PKP sehingga kini digelar PKPP, mesti ada antara kita terfikir untuk buat sertai apa-apa kerja janji dapat bantu jana 'side income' juga kan? Ada yang terfikir nak jadi guru sambilan tuisyen, ustaz atau ustazah mengaji, kerja di pasar raya, shopping mall, jadi babysitter  dan sebagainya betul kan?

Haa... tidak lupa juga pasti dan pasti ada antara kita yang terfikir untuk sertai bisnes,  atur semula strategi baru untuk kembangkan lagi bisnes dalam fasa-fasa PKPP ni betul kan? Saya ada solusi untuk persoalan-persoalan anda semua. Nak trahu bagaimana? Mudah dan simple sahaja ada dua cara :

1. Daftar YURAN AHLI serendah RM35 SAHAJA

Yuran ahli yang dibayar ni untuk seumur hidup, tidak perlu renew by tahun ke bulan ke mingguan pun. Best kan? Sangat-sangat  berbaloi murah yurannya, dan dapat banyak sangat manfaatnya. Antaranya, kita dapat beli produk dengan harga lebih murah sebab kita sudah jadi ahli. Manfaat lain yang menanti dan jadi idaman kita semua iaitu 
3C (CASH BONUS, CAR BONUS, CONVENTIONAL TRIP 5STAR). 

2. Kumpul 100 point jualan produk, FREE DAFTAR JADI AHLI.

No worries produk jualan yang anda perlu jual, takkan rugi sebab produk ini berkaitan kesihatan dan kecantikan. Produk ini menjadi keperluan harian setiap manusia untuk kekal dan semakin cantik serta sihat. Jadi, memamng akan mendapat permintaan ramai produk ini dan anda juga pasti boleh dapat kumpul. Sebab saya dah berjaya. 

Sekian itu sahaja coretan saya kali ini. Nantikan coretan seterusnya dari saya lagi yep inshaa Allah. Semoga sama-sama dapat manfaat, dan selamat beramal


Jika berminat untuk sertai bisnes nak dapat side income, jom daftar melalui link di bawah
www.wassap.my/601139341786/NakJoinPassiveIncome
www.wassap.my/601139341786/NakJoinPassiveIncome


Jika nak jaga kesihatan untuk sihat dan cantik, jom whatsapp atau pm atau tinggalkan komen di bawah, saya terus hubungi anda
http://www.wassap.my/601139341786/NakSihatdanCantik
http://www.wassap.my/601139341786/NakSihatdanCantik



#1 [TIPS BERJAYA DALAM BISNES]


Sedikit coretan berkenaan bisnes ingin dikongsi di sini. Setiap apa yang kita buat dalam kehidupan kita, pastinya ada teknik tertentu jika ingin berjaya betul ke betul? Betul la tu...Sebab asalnya memang diri kita ini bukan sapa-sapa, kita semua hanyalah hambaNYA dan takkan dapat dibandingkan dengan Allah Yang Maha Mengetahui. Caranya nak berjaya, semua dah ada dalam rujukan utama kita iaitu Al-Quran dan Hadith, rujukan dari alim ulama pakar dalam sesuatu hal. 

Jadi di sini, jom dengarkan, hayati dan kongsi bersama tentang beberapa tips untuk jadi peniaga berjaya.

1. Set niat sertai bisnes

Kita sertai bisnes sebab apa? Sentiasa tajdid(perbaharui) niat sebab kerisauannya kalau kita niatkan bukan kerana Allah. Nauzubillahiminzalik. Pastikan kita tetapkan dan pasakkan niat kita buat bisnes ni sebab Allah yang utama untuk berjaya dunia akhirat, sebagai antara saham untuk kita dapat laju-laju masuk syurga. Bila mana kita letakkan Allah yang paling utama, inshaa Allah, Allah akan bantu kita buka jalan untuk setiap apa yang kita nak buat. Allah akan luaskan jalan bisnes yang kita ceburi percayalah pada Allah

2. Set impian yang ingin dicapai

Nak apa? Duit banyak? Kereta besar? Rumah besar? Pangkat jawatan tinggi? Ada antara kita buat macam-macam nak buat untuk bantu keluarga, bantu orang rami betul kan? Jadi kita perlu set semua tu. Tampal dan letak mana-mana tempat yang mudah dan sering kita lihat, sebab bila dah selalu lihat dan kata, satu hari nanti akan jadi kenyataan yang pasti.. Next tips akan bantu kita jadi berjaya dan berjaya bukan dunia je, tapi akhirat juga. Bila mana kita dah set, aim impian yang nak capai, kita akan usaha kaw-kaw kata orang, untuk dapatkan juga apa yang kita nak dan hajatkan betul ke betul? 

3. Mesti ada ilmu bisnes

Kita perlu ada ilmu, sebab tanpa ilmu semua akan gagal. Kita nak buat ibadah solat, puasa dan seumpamanya pun perlu ilmu. Sebab kita memang tak tahu apa-apa, jadi perlunya ilmu (marketing, accounting, prospecting dan etc) untuk terus berjaya dan berjaya dalm bisnes. Macam apa yang kita da lalui sebelum ini dari kecil sehingga sekarang. Setiap kali nak buat sesuatu mesti perlu belajar dan berilmu. Dengan ilmu, kita akan lebih ingat bila kita amalkan. Jadi bagaimana pula nak berilmu?
Mesti perlu cari ilmu tu, ilmu tak akan kejar kita, tapi kita perlu kejar dan cari ilmu sedalam-dalam yang boleh, baru berjaya.

4. Perlu ada rujukan bisnes (mentor/guru/leader bisnes)

Haa.. tadi kita dah tahu, nak berjaya perlu berilmu. Nak berilmu perlu belajar betul ke betul? Jadi, sangat perlu untuk kita belajar dan terus belajar dari orang yang pakar atau dah lama sertai dunia bisnes ini. Semuanya untuk kita, grab sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman mentor kita. Mereka juga akan bantu kita sam-sama bincang dan cari solusi jika ada masa kita dalam kebuntuan dalam bisnes. Jangan pernah kita sombong untuk bertanya kepada yang lebih arif. Nak buat kek, kuih, masak atau buat kerja rumah pun perlu belajar dari ibu ayah kita, inikan pula dalam soal bisnes. Ada satu formula bisnes tu, katanya kalau kita buat bisnes dalam masa 3 tahun tidak berjaya, maksudnya ada masalah dengan sistem bisnes. Jadi, perlu untuk formulate semula dengan cara rujuk mentor/guru bisnes yang da lama buat bisnes dan berjaya

5. Tekun usaha dan konsisten (istiqomah)

Istiqomah. Allah itu Ar-Rahman Ar-Rahim. Allah akan beri ikut keperluan kita dan berdasarkan usaha kita. Kalau kita usaha bersungguh, jaga niat buat kerana Allah, Allah pasti akan bantu kita. Kalau dah usaha sekali, tapi tak berjaya? Jangan pernah kenal atau stand up untuk give up. Sebab apa? Sebab Allah baru beri sikit ujian pada kita. Muhasabah semula, mungkin Allah hanya ingin uji sebab nak kita usaha lebih dan lebih lagi. Allah tak beri berjaya cepat sebab niat kita salah (nak bangga cerita kehebatan kemewahan kita pada orang ramai nauzubillahi minzalik), atau sebab dosa kita sebelum ini (cepat-cepat bertaubat dan mohon ampun maaf jika ada buat salah pada manusia). Mungkin juga Allah nak kita dekatkan diri lebih padaNYA sebab Allah Maha Pemberi Rezeki. Allah akan beri nikmat dan ujian pada kita ikut keperluan kita bukan kehendak kita. Mungkin sekarang belum masa kita berjaya, tapi disebabkan usaha kita yang berterusan, kita berjaya inshaa Allah.

6. Marketing yang baik

Perlu ada Attraction(marketing) dan persuasion(sales). Dua-dua ini perlu berlaku seiring. Bila ada produk, kita perlu promote dalam media sosial (instagram, twitter, whatsapp, facebook dan lain-lain). Jangan pernah terlebihkan fokus pada produk sahaja sebab apa guna kalau ada produk, tapi tak fokus seiring dengan marketing pada customer kita? Dalam dunia bisnes sekarang ada banyak persaingan sebab tu dalam bisnes perlu fokus pada dua-dua ini. Untuk orang tahu dan close sales dengan customer.

7. Perlu ada check and balance

Dalam setiap bisnes, perlu ada check and balance dalam setiap perancangan dalam bisnes. Pelbagaikan strategi kita. Bila kita ada buat perancangan marketing, Sentiasa ubah strategi ikut keadaan semasa. Selain itu, kita juga perlu ada knowledge dalam accounting. Perlu tahu direct cost. (sewa kedai, modal, untung). Perlu kira tengok akaun secara berkala. Kita perlu sustainable dalam bisnes. Kita perlu tahu direct cost kita (sewa kedai, modal, nak bayar gaji staf dan etc). Perlu check akaun 


8. Jaga hubungan dengan Allah

HablumminAllah, jaga hubungan dengan Allah. Caranya? Mudah sangat iaitu jaga tarbiyah diri (solat, puasa sunat, solat sunat, baca Al-Quran, lazimi zikir, amalkan sifat mahmudah jauhi sifat mazmumah dan buat amar makruf nahi mungkar *ajak orang buat baik dan hindarkan diri dari maksiat). Tinggalkan maksiat inshaa Allah akan mudah urusan kita yang lain. Bila mana jaga hubungan dengan Allah, nescaya dan pastinya Allah akan bantu kita dalam bisnes. Sebab kita buat apa yang Allah suruh dan tinggal perkara yang Allah larang.

9. Jaga hubungan dengan manusia sekeliling

 Hablumminannas, Jaga hubungan dengan manusia sekeliling. Bina networking yang baik dengan semua orang, tidak kira rupa, bangsa, agama, atau darjat sesiapa sekalipun. Jika pernah buat salah pada orang, mohon maaf pada orang tu. Tak salah untuk kita mulakan mohon maaf, walhal itu dikira kitalah pemenang dalam masalah tu. Sebab kita berjaya padamkan sifat amarah dalam diri kita dan berbaik semula dengan orang itu. Bila da berbaik, mudah untuk kita approach dalam usaha bisnes, bantu-membantu jika ada masalah sesama rakan, dan seumpamanya. Nampak kan? Banyak faedah bila mana kita dapat jaga hubungan baik kita sesama manusia.

10. Banyak beri, banyak dapat rezeki

Rasa takut nak banyak keluar modal? Rasa rugi bila kita kongsi rezeki, beri sedekah kepada mereka yang perlu? Salah dan sempit sekali fikiran kita. Haih.. jom clean dan clear semula mindset kita. Reset semula minda kita, banyak kita beri, banyak kita dapat. Dengan memberi, itu tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah. Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak rezeki yang Allah akan beri pada kita mencurah-curah dan tak disangka-sangka.

 Seperti firman Allah, Surah Ibrahim ayat 7
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Sekian itu sahaja coretan saya kali ini. Nantikan coretan seterusnya dari saya lagi yep inshaa Allah. Semoga sama-sama dapat manfaat, dan selamat beramal


Jika berminat untuk sertai bisnes nak dapat side income, jom daftar melalui link di bawah
www.wassap.my/601139341786/NakJoinPassiveIncome
www.wassap.my/601139341786/NakJoinPassiveIncome


Jika nak jaga kesihatan untuk sihat dan cantik, jom whatsapp atau pm atau tinggalkan komen di bawah, saya terus hubungi anda
http://www.wassap.my/601139341786/NakSihatdanCantik
http://www.wassap.my/601139341786/NakSihatdanCantik


#PassiveIncome
#Projek3000
#TimeFREEDOM
#CarBonus
#JomSihat&JomCantik

Saturday, June 6, 2020

HAAA.... DOK BUAT GAPO TU MUSIM PKP NI?

Perasaan bahagia dan sentiasa bersyukur makin banyak merunkai satu-persatu hikmah di sebalik PKP, PDPD, PKPB dan sewaktu dengannya. Aicewah... dah macam nak buat makluman azan di TV pula ye. Jom berbalik semula pada yang disebut tadi.

Bahagia??? Bersyukur??? 

Ramai antara kita semua sudah pun manfaatkan betul-betul masa yang ada dengan berusaha buat kebaikan dan cegah kemungkaran dengan matlamat, ingin menjadi muslim dan mukmin yang lebih baik dan lebih baik dari semasa ke semasa betul ke betul?hehehe.. 


Buktinya apa? 

a) Buat dan sertai usrah masih teruskan usrah online bagi yang masih belajar mahupun yang bekerjaya. 
b) Buat sharing santai Surah-surah yang ada di dalam Al-Quran
c) Tadarus dan tadabur surah bersama
d) Perkongsian ilmu sesama rakan-rakan dan keluarga berkaitan kepakaran masing-masing
e) Sama-sama berlumba buat perkara kebaikan "fastabiqul khairat"
f) Sama-sama berusaha menjaga tarbiyah diri, belajar ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
g) Sertai Live FB, Live Insta, tonton program kuliah agama di TV mahupun media sosial insta, fb, twitter dan lain-lain
h) Buat aktiviti bersama keluarga (tengok tv, lakukan senaman bersama, buat kerja rumah bersama)
 i) Belajar ilmu kemahiran baru (edit gambar dan video, belajar analisis data thru excel, penulisan, kajian saintifik, BISNES SHAKLEE dan lain-lain)


Haa.... ada banyak lagi yang kita buat di rumah betul? Jadi jom kita muhasabah bersama, kita ini bagaimana? Kita ni dalam golongan yang mana satu? Adakah kita geng dengan orang yang lihat sahaja orang lain buat kebaikan? Adakah kita geng dengan orang yang suka sia-siakan masa berjalan dan pergi begitu saja? Adakah kita geng dengan orang yang sentiasa tidak senang hati lihat kebaikan/kemewahan orang lain? 

Aip... Aip... Aip...  Jom cepat-cepat istighfar "Astaghfirullahalazim, ampuni hambamu ini Ya Allah kerana bersikap sedemikian." 

Atau adakah....

Kita geng bersama orang-orang seperti dalam senarai panjang yang saya kongsikan tadi? Geng yang berusaha sehabis baik sungguh-sungguh (itqan) dalam usaha mendapatkan redha Allah untuk ke syurgaNya nanti inshaa ALLAH. 

Sekian sahaja coretan kali ini.

Semoga kita sama-sama akan memperoleh manfaat dari coretan saya, inshaa Allah.

#Henshin2Jannah
#IstiqomahBersamaIslam
#AlFateh

Friday, June 5, 2020

TERTARIK DENGAN BISNES SHAKLEE?

BISNES SHAKLEE?

Sejujurnya, dalam diri ini memang tidak terfikir langsung akan terlibat dengan bisnes, ada banyak sangat sebab yang membantutkan diri ini untuk cuba dalam dunia bisnes ini, Kita sering juga dengar tentang kalau sertai bisnes, banyak peluang cerah, banyak income, biasalah jatuh bangun dalam bisnes, risiko bisnes, cara membuat pemasaran dalam bisnes dan macam-macam lagi.


Jadi di sini, melalui team Shaklee yang saya sertai inilah yang berjaya pecahkan tembok dinding diri saya daripada katakan tidak pada bisnes, kepada jom kita sertai bisnes Shaklee, banyak kelebihan disediakan dan akan perolehi,


APA YANG MENARIK TENTANG SHAKLEE???

Bisnes Shaklee yang ni, kita akan dapat banyak kelebihan dengan hanya RM35 KEAHLIAN UNTUK SEUMUR HIDUP, macam-macam boleh dapat, antaranuya : 

a) 3C BONUS : CAR, CASH, CONVENTIONAL TRIP
b) Gaji ONTIME (Ada slip gaji untuk setiap bulan)
c) Availability (Full time/ Part time)
d) Sistem sokongan kuat (ada team leader yang sungguh-sungguh sudi bantu)
e) Program dan Kelas Bisnes Marketing (online/offline)

 f) Mentor coaching yang sangat motivated dan sentiasa supportive 


PALING MENARIK, BOLEH CAPAI 3-4 ANGKA PENDAPATAN SEBULAN DENGAN HANYA RM35!


 tetapi perlu diingat...kita perlu!

DOA USAHA IKHTIAR TAWAKAL (DUIT)


Itulah kunci kejayaan untuk setiap yang kita ingin lakukan begitu juga dalam dunia bisnes ni. In shaa Allah


Manfaat Masa ketika di Muslim PKP

Alhamdulillah dan bersyukur sangat sebab ALLAH Maha Baik, masih beri peluang untuk belajar banyak ilmu baru di musim PKP ini. Antaranya ilmu menjadi suri rumah tangga sepenuhnya (bantu ibu ayah dan keluarga), sebelum ini bila cuti dapat juga manfaatkan masa bersama tapi sekejap-sekejap kali ini lama in shaa Allah kita manfaatkan sebaik mungkin.


Selain itu, tidak dilupa juga untuk kita gali,cari, kejar serta menuntut ilmu akhirat juga. Ada banyak platform (Instagram live, FB live, kuliah-kuliah di Youtube dan pembacaan melalui buku-buku karangan alim ulama juga. boleh cuba untuk dapat belajar ilmu agama Islam, dapat recall semula (ulang kaji) apa yang diajar oleh Ustaz, Ustazah dan cikgu-cikgu di sekolah dulu.


Ilmu dunia kita kejar, ilmu akhirat pun kita lagi perlu kejar, sebab akhirnya ilmu-ilmu yang bermanfaat juga yang akan dapat bantu kita di akhirat nanti (selain sedekah jariah dan doa anak soleh) in shaa Allah.