ISLAM VS. COVID19?
Jikalau dahulu SARS, H1NI, Taun dan macam-macam lagi. Kini, kita berperang dengan COVID 19.
Jom kita muhasabah bersama monolog pada diri, apakah akhlak atau perspektif Islam dengan penyakit?
Sebelum kita melangkah kepada tajuk hari ini, ayuh kita imbas kembali dalam sejarah manusia, ada atau tidak orang yang kene penyakit? ADA? Orangnya sangat mulia di sisi Allah. Siapakah dia? Allah merakamkan kisahnya di dalam Al-Quran.
JENG JENG JENG....Orang itu ialah Nabi Ayub a.s. Jom kita sama-sama tinjau ayat cinta Allah (Al-Quran)
Surah Al-Anbiya' ayat 83
= Nabi Ayub a.s. ada penyakit yang sangat teruk sehinggakan ditinggalkan keluarga
= Setiap zaman akan ada orang yang sakit teruk antaranya Nabi Ayub a.s.
Pengajaran di sebalik ayat al-Quran tersebut :
1. Jangan hidup di muka bumi, cakap seolah-olah tidak akan langsung kena sebarang penyakit.
Kita perlu berpada-pada kerana penyakit akan sentiasa ada sebarang zaman. Jika sebelum ini, dunia berperang dengan penyakit SARS, Influenza, H1N1 dan lain-lain tetapi kini kita melawan penyakit berbahaya Coronavirus Pandemic 19 (COVID 19). Jadi sangat perlu utk kita sama-sama berakhlak dan sentiasa beringat, tidak sombong.
2. Nabi Ayub a.s. berdoa pada Allah untuk memohon pertolongan atas penyakit yang menimpanya.
Di sini kita perlu faham bahawa bukan ingin dinyatakan di sini bahawa ubat itu tidak perlu, tetapi yang perlu kita hayati di sini ialah apabila ditimpa sebarang masalah, ujian, musibah atau sewaktu dengannya, seperti penyakit berbahaya, yang paling utama kita kejar atau cari atau rujuk ialah ALLAH swt bukan manusia.
DOA... DOA... DOA... (senjata Orang Islam)
Ada satu kisah yang dikongsi di sini, para ulama, sebelum tidur, mereka akan lazimi beribadah menunaikan solat 100/1000 rakaat dahulu sebelum tidur. SubhanAllah, hebatnya mereka. Tetapi, bagaimana pula dengan kita ya, sahabat-sahabat semua? (muhasabah bersama sebentar). Allahu...
Baiklah jom sambung cerita, ada satu kisah...
Seorang anak ulama bertanya pada ayahnya " Ayah, kenapa ayah sering solat 100 rakaat dulu sebelum tidur? jika diperhatikan, ayah orang lain selalu tidur peluk anak. Tetapi saya, tidur peluk ibu sahaja. Ayah pula akan banyakkan ibadah solat 100 rakaat dulu sebelum tidur. Kenapa begitu, ayah?'
Ulama tersebut menjawab " Wahai anakku, aku lakukan sedemikian kerana aku ingin jaga hubunganku dengan Allah. Hal ini kerana, esok Allah akan menjaga kamu bila aku tiada atau tidak dapat menjaga kamu nanti."
SubhanAllah di sini kita dapat lihat bahawa Pentingnya Menjaga Hubungan dengan Allah swt. Hal ini kerana, apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, nescaya Allah akan menjaga kita, keluarga kita dan urusan kita.
Aip.. aip... Sila tunggu, jangan lari, ayuh teruskan baca lagi..
Hadis berkaitan penyakit berjangkit :
Imej diambil dari :
Cerita yang dikongsi oleh Ust Hanif Harun (Mudir Darul Hadis, Pulau Pinang)
Pada satu hari, Saidina Umar r.a. hendak jalan di suatu tempat, ada seorang hamba Allah beritahu padanya bahawa terdapat dua jalan hendak ke situ iaitu satu jalan itu ada perompak manakala satu lagi jalan tiada perompak.
Maka dengan itu, Saidina Umar r.a. berkata "Baiklah, kita ambil jalan yg ada perompak. Kita ambil jalan itu". Kemudian hamba Allah itu berkata "Tidak boleh begitu, nanti kita semua akan kene dengan perompak itu. Kita perlu elak daripada takdir Allah"
Lalu Saidina Umar menjawab semula (sebagai peringatan kita bersama), " Kene penyakit takdir Allah, kita elak penyakit juga takdir Allah, kita cakap nak buat keputusan ini juga takdir Allah."
Jelasnya di sini, semua yang kita ingin atau lakukan semuanya ada berhubung kait dgn Allah.
Secara keseluruhannya,
1. Jangan lupa diri bila hidup di muka bumi ini (Jangan sombong).
2. Berdoa pada Allah (sentiasa jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita, keluarga serta urusan kita)
3. Surah Al-Anbiya ayat 7
Berdasarkan ayat Al-Quran tersebut, kita perlu bertanya pada orang yang sememangnya tahu, faham dan pakar dalam sesuatu bidang jika kita tidak mengetahuinya. Sebagai contoh, jikalau kita ada sakit apa-apa khususnya untuk isu COVID 19 sekarang, apa yang perlu kita buat?
- Kita perlu berdoa pada Allah, mohon petunjuk dariNYA.
- Kita perlu usaha, bertanya pendapat pada Dr. berkenaan ubat, cara nak sembuh dan seumpamanya.
- Elakkan membuat sebaran hal yg bukan dari Dr.
- Hidup dgn cara Islam yang betul iaitu :
- Menjaga kebersihan
- Menjaga dan menitik beratkan halal haram
- Elakkan pergi tempat yang tidak beri manfaat
Sekian sahaja coretan kali ini yang saya ambil dari video seperti link di bawah:
Apa kaitan Islam dengan penyakit (Corona Virus)? | Ustaz Don Daniyal
Semoga kita sama-sama akan memperoleh manfaat dari coretan saya, inshaa Allah.
#Henshin2Jannah
#IstiqomahBersamaIslam
#AlFateh
No comments:
Post a Comment